Memohon Sumbangan ikhlas

Ruj. Kami         :           MRU/MAR/BLOG/00/2011

Tarikh              :           20 April 2011

Kepada sesiapa yang berkenaan.

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN ASRAMA DAN KELAS PENGAJIAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacitanya di maklumkan bahawa pihak Madrasah Raudatul Ulum akan manaiktaraf bangunan asrama dan kelas pengajian pelajar. Ini bagi menjayakan matlamat untuk melahirkan “pelajar yang bertaqwa dan beramal soleh”.

3.         Untuk pengetahuan pihak tuan, bangunan yang sedia ada hanyalah setingkat sahaja. Sejajar dengan peningkatan pelajar di madrasah kami, pihak kami telah membuat rancangan untuk menaik taraf asrama dan kelas pengajian yang sedia ada. Rancangan ini dibuat bagi menyediakan tempat pengajian dan asrama yang lebih selesa untuk pelajar-pelajar dan memastikan pelajar-pelajar dapat mengikuti pembelajaran yang lebih sistematik.

4.         Kos menaik taraf asrama dan kelas pengajian adalah dianggarkan sebanyak

RM 100 000. Di sini  pihak kami menyertakan sesalinan latar belakang dan aktiviti yang telah pihak sekolah jalankan sepanjang tahun 2010.

5.         Sehubungan ini, pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari pihak tuan demi menaik taraf sistem pengajian untuk  kesempurnaan sistem pembelajaran buat pelajar-pelajar. Oleh yang demikian, sumbangan pihak tuan bolehlah disalurkan di akaun  tertera di bawah:

Penerima        :           RAUDATUL ULUM

Bank                  :           CIMB Berhad Cawangan Liga Mas Batang Kali

No Akaun        :           1243 0000 3261 02

 6.         Pihak madrasah amat berbesar hati di atas sumbangan yang akan di berikan oleh pihak tuan.  Sekiranya pihak tuan menghadapi sebarang kesulitan dan masalah sila hubungi kami di talian 017-6369115 atau 019-399 1159. Sumbangan ikhlas dari pihak tuan, pihak kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

Ustaz Haji Ahmad Rizam bin Ghazali                                                                  

MudirMaahad Raudatul Ulum

Profil Maahad Raudatul Ulum

Maahad Raudatul Ulum telah di inspirasikan oleh Ustaz Haji Ahmad Rizam bin Ghazali. Beliau juga merupakan pengasas Maahad Raudatul Ulum, Maahad Raudatul Ulum menyediakan landasan untuk mempelajari pendidikan islam sepenuhnya. Maahad Raudatul Ulum telah ditubuhkan pada 2hbOgos 1998. Di sini pelajar dapat menimba ilmu daripada kitab-kitab bahasa arab dan menghafal Al-Quran dan tafsiranya.

Pendidikan Agama Islam di Malaysia bermula sejak sekian lama dahulu. Pendidikan yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar diajar oleh mubaligh-mubaligh Arab yang berdagang di Tanah Melayu masa itu. Masjid, surau dan rumah-rumah tok guru adalah menjadi tempat di mana ilmu agama ini diajar. Pendidikan pada masa itu tidaklah dijalankan secara formal dan sistematik dengan sistem silibus yang seragam. Silibus adalah berasaskan kepada Al-Quran, Sunnah dan Hadith. Apabila bilangan pelajar makin bertambah, timbullah idea baru dengan membina surau berdekatan rumah guru. Ianya dipelopor oleh ulama yang mendapat pendidikan di Patani. Bilangan pelajar yang ramai dan datang dari beberapa tempat menyebabkan pondok-pondok kecil pula dibina berdekatan dengan rumah guru. Ini bagi memudahkan pengajaran bagi pelajar-pelajar yang datang dari luar daerah.

Oleh yang demikian,halatuju Maahad Raudatul Ulum ialah memastikan pelajar-pelajar menjadi insan yang beriman dan bertakwa. Selain itu, pihak sekolah memastikan pelajar-pelajar berada di dalam dan di luar sistem pendidikan kebangsaan dan pihak kami juga mahu pendidikan islam dalam sistem pendidikan kebangsaan diperkasa. Oleh itu, Maahad Raudatul Ulum menanamkan sifat kepada pelajar-pelajar bahawa Pendidikan Islam merupakan tanggugjawab sosial yang harus di pikul oleh semua umat islam.

Maahad Raudatul Ulum telah memuatkan 60 orang pelajar didalam satu masa. Sekolah ini menyediakan sistem pendidikan berasaskan sistem pengajian tahfiz Al-Quran dan pengajian berasaskan kitab

Gambar di atas adalah kelas-kelas pengajian rutin bagi pelajar Maahad Raudatul Ulum.

Di dalam perspektif Islam, seseorang intelektual harus menguasai ajaran Islam termasuk bersikap kririkal dalam menilai sejarah dan juga jujur kepada ilmiah. Ini merujuk kepada perkataan “ulul al-bab” yang disebut di dalam Al-Quran khusus kepada sekelompok manusia yang diberikan keistimewaan dalam bentuk hikmah (kebijaksanan) dan pengetahuan. Terdapat lima tanda yang mengesahkan ciri-ciri intelektual Islam menurut Shaharom TM Sulaiman (1996):

1. Bersungguh-sungguh mencari ilmu.

2. Mampu memisahkan yang buruk dengan yang baik, kemudiannya memilih yang baik walaupun terpaksa berseorangan.

3. Kritis dalam mendengan pembicaraan, mahir merasionalkan ucapan, teori atau dalil.

4. Bersedia menyampaikan ilmunya kepada orang lain untuk memperbaiki masyarakat.

5. Tidak takut kepada sesiapapun melainkan Allah.

Dasar Pendidikan di Maahad Raudatul Ulum

Maahad Raudatul Ulum menyediakan dasar pedidikan yang tidak mewajibkan bayaran bulanan mahupun tahunan kepada pelajar-pelajar. Sistem ini diwujudkan kerana majoriti pelajar di sini terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan kebanyakannya terdiri daripada anak yatim dan fakir miskin.

Sistem pendidikan disini juga mahu memastikan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dapat menjalani kehidupan dan berpendidikan selaras dengan pelajar yang mempunyai kemampuan di luar sana. Oleh itu, pihak sekolah sedaya upaya merialisasikan impian pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan ini demi menempuh kehidupan yang sempurna berlandaskan pendidikan islam. Gambar di atas adalah kelas-kelas pengajian rutin bagi pelajar Maahad Raudatul Ulum.

Matlamat Pendidikan di Maahad Raudatul Ulum

Maahad Raudatul Ulum menyediakan sistem pembelajaran yang menerapkan penerapan nilai-nilai murni dan kasih sayang melalui pendidikan islam. Sistem pendidikan yang disediakan mengikut kepelbagaian pendekatan dan pembelajaran Rasulullahh demi menjana pendidikan yang berkesan. Selain itu, sistem pembelajaran disini dapat menanam semangat jati diri dikalangan  pelajar-pelajar  mengikut perspektif Islam terhadap kepimpinan.

Pelajar-pelajar disini juga diterapkan dengan ilmu kemahiran hidup agar sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk memudahkan mereka menjalani kehidupan seharian apabila tamat pengajian kelak. Diantara kemahiran yang dapat di pelajari ialah seni pertukangan, seni masakan, asas pendawaian elektrik berkebun dan bermain alat muzik.


Gambar diatas ialah kawasan bengkel kamahiran hidup dan studio muzik.

Sumber Kewangan di Maahad Raudatul Ulum

Mepertimbangkan kelayakan pelajar-pelajar di Maahad Raudatul Ulum, pihak sekolah telah mendapat dana kewangan daripada  Zakat dan sumbangan ikhlas daripada orang ramai. Pihak sekolah masih belum menerima sumbangan bulanan dari mana-mana badan koperat. Pihak kami juga mengalu-alukan badan kerajaan, swasta mahupun koperat dapat menyumbangkan dana secara bulanan bagi menampung pebelanjaan pelajar-pelajar disini. Oleh yang ddemikian, pihak sekolah dapat memastikan kesempunaan sistem pembelajaran para pelajar berjalan dengan lancar. Kos pembelajaran, makananan dan minuman dapat disenaraikan seperti dibawah:

i) Sehari RM 200 ( 60 orang pelajar) x 30 hari         =    RM   6 000

ii)Ramadhan RM 350 ( 60 orang pelajat) x 30 hari  =    RM 10 500

Pihak Maahad Raudatul Ulum juga menanggung pembelanjaan sebilangan pelajar yang telah melanjutkan pelajaran mereka  di luar negara, seperti di Indonesia pihak Maahad telah menempatkan seramai 3 orang pelajar dan di Mesir seramai 3 orang plajar. Oleh demikian pihak Maahad memperuntukkan sebanyak RM300.00 bagi pelajar-pelajar tersebut untuk perbelanjaan mereka.

Cadangan Pembanggunan di Maahad Raudatul Ulum

Sejajar dengan arus pembanggunan dan pemodenan yang ada di Malaysia pihak sekolah juga tidak ketinggalan untuk manaik taraf banggunan sedia ada bagi keselesaan dan kesempurnaan para pelajar. Pihak sekolah mahu menyediakan banggunan yang lebih selesa untuk para pelajar. Oleh itu, para pelajar dapat menjalankan aktiviti harian dan meneruskan pembelajaran dengan lebih efektif dan inovatif. Kos anggaran menaik taraf banggunan sedia ada adalah sepertu berikut:

i) Membina kelas pengjian pelajar lelaki                                           =       RM 100 000

ii)Membina asrama dan kelas pengajian pelajar perempuan          =       RM 400 000

 Gambar di sebelah ialah bangunan asrama yang akan di naik taraf seperti perancangan dan banggunan ini akan dibina untuk menjadikannya 2 tingkat banggunan untuk menyediakan keselesaan serta kelas pengajian  para pelajar.

KEPERLUAN PENGANGKUTAN

kemudahan pengangkutan merupakan salah satu keperluan yang wajib pada masa kini. Ini dapat di buktikan dengan adanya kemudahan bas, LRT dan pelbagai. Akan tetapi di kawasan sekolah kami masih belum ada kemudahan awam. Ini amatlah sukar untuk pelajar-pelajar kami menjalankan aktiviti di luar kawasan sekolah seperti solat berjemaah pada hari Jumaat. Pihak sekolah juga ada menerima jemputan khas untuk sambutan Maulidulrasul dan lain-lain. Ketiadaan pengangkutan amatlah sukar bagi pihak sekolah menjalankan aktiviti di luar kawasan sekolah. Oleh yang demikian, pihak Maahad Raudatul Ulum telah becadang untuk membeli sebuah Van Toyota Hiace untuk kemudahan para pelajar di sini. Kos anggaran membeli sebuah van untuk pengangkutan para pelajar dianggarkan sebanyak  RM 97 000. Dengan adanya sebuah van pihak sekolah dapat menmanfaatkan kemudahan yang ada bagi kepelbagaian sistem pembelajaran di sekolah kami berlandaskan pendidikan islam dan mengikut syariat yang ditetapkan.